Tuesday, January 31, 2017

Panas! Pena & Picagari


Dengar nama doktor, orang teringat picagari. Tetapi doktor tak hanya perlukan picagari untuk ubati orang. Dia juga perlukan pen(a).

Tak. Dia bukannya perlukan pena hanya untuk tulis MC. Dia perlukan pena untuk mengubati penyakit yang tak dapat kita scan; penyakit kejahilan dan hati.

Buku Pena dan Picagari adalah himpunan melawan mitos, suka duka seorang doktor, dan pelbagai lagi warna-warni daripada pengasas MedtweetMy.  

Saiz: 5.3" x 7.6"
ISBN-13: 978-967-369-350-4
Tarikh Terbit: 27 Jan 2017
Jumlah Muka Surat: 240

MEMBONGKAR MITOS
1. Sunnah Syaitan
2. Makjun Ajaib
3. Mitos Ginjal
4. Mitos Agama
5. Cakaran Hello Kitty
6. Jin dan Subuh
7. Mitos Mandi Malam
8. Kekeliruan Istilah
9. Air Tulang Belakang: Mitos Lumpuh
10. DNA dan Lembu
11. KoolFever Penyebab Cerebral Palsy?
12. Flash Kamera Punca Kebutaan?
13. Paracetamol
14. Sabit Kuku
15. Antara Kencing Tikus dan Serai
dan banyak lagi....
HARGA : RM 25.00

KAEDAH BAYARAN:  

Sunday, January 8, 2017

Perubatan Islam & Bukti Sains Moden - Edisi 2015







Format: Paperback
Saiz: 6"x 9"
ISBN-13: 978-967-411-334-6
Tarikh Terbit: 9 Dec 2014
Jumlah Muka Surat : 408
Berat (kg): 0.60

Apabila berbicara berkenaan perubatan Islam, sebahagian memahaminya dalam bentuk doa,jampi, air penawar, menghalau jin, dan membuang saka semata-mata. Sebahagian yang lain cenderung  mentafsirkan tentang perubatan dalam bentuk yang sempit dan literal. Sebahagian yang lain pula yakin konsep perubatan Nabi mempunyai kehebatannya, namun mereka tidak mampu membuktikan kehebatan itu secara saintifik.

Buku Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden ini cuba membuktikan kehebatan-kehebatan secara saintifik, dan mengumpulkan penemuan-penemuan semasa yang sahih, tidak kira datang daripada umat Islam ataupun bukan Islam.

Buku ini juga komprehensif dan padat selain bergambar dan berwarna yang menarik.

HARGA ASAL : RM40.00 

HARGA KASIH SAYANG: RM20.00

KAEDAH BAYARAN: 



Thursday, January 5, 2017

Fiqh Kewangan Islam: Halal dan Haram dalam Sistem Jual Beli Islam


Format: Hardcover
Saiz: 7" x 10"
ISBN-13: 978-967-366-196-1
Tarikh Terbit: 31 Mar 2014
Jumlah Muka Surat: 752
Berat: 1.4 KG

SINOPSIS


Akad jual beli adalah akad yang penting dan sering digunakan oleh setiap lapisan masyarakat. Maka, usaha mengupas hikmah-hikmah di sebalik akad jual beli adalah satu usaha yang penting dan perlu diberi perhatian. Kajian ini tidak hanya terbatas kepada maqasid atau tujuan-tujuan pensyariatan sahaja. Ia turut mencakupi perbahasan mengenai beberapa permasalahan semasa mengenai hukum jual beli yang secara tidak langsung menambahkan lagi pengetahuan kita tentang muamalat semasa.

Buku ini mampu menghapuskan kekeliruan yang timbul dalam hukum jual beli secara khusus, dan yang berkaitan harta secara umumnya. Dikaji secara ‘fiqhiyyah’ berserta dengan maqasidnya yang jelas, dapat memberi gambaran yang lebih praktikal dan mudah difahami.

Buku ini terhasil bagi menerangkan prinsip-prinsip dan keindahan agama Islam dalam bidang muamalat supaya kita mampu memahami maqasid syariah di sebalik hukum-hakam, permasalahannya, prinsip-prinsipnya, serta cara mengeluarkan hukum daripadanya.

Penulisnya, Dr. Zaharuddin Abdul Rahman telah menjalankan kajian berkenaan permasalahan hukum jual beli kerana beberapa jenis sistem jual beli masa kini menjadi topik yang hangat dibincangkan dan memerlukan jawapan yang meyakinkan, iaitu menerangkan hukumnya dan maqasid di sebaliknya.

Buku Fiqh Kewangan Islam terbahagi kepada tiga bahagian utama, iaitu:

1. Pengertian asas tentang maqasid dan jual beli

Pada bahagian ini, penulis memberikan penerangan ringkas tentang pengertian maqasid menurut bahasa dan istilah. Kemudian, beliau menjelaskan persamaan dan perbezaan antara istilah maqasid dan istilah-istilah lain yang hampir sama maksudnya.

Bab ini juga membahaskan secara ringkas pengertian jual beli, pembahagiannya, dan maqasid syariah di sebalik pensyariatannya. Ia adalah sebagai gambaran awal kepada isu-isu yang akan dibincangkan dalam bab-bab seterusnya.

2. Penetapan maqasid syariah dalam hukum syarak

Ia mengupas isu-isu yang berkaitan penetapan maqasid syariah dan dibahagikan kepada tiga fasal, iaitu tujuan syariat diturunkan, asal kepada kaedah asas urus niaga adalah melihat kepada makna serta cara- cara penetapan maqasid syariah.

3. Hukum jual beli dan objektif pensyariatannya

Fokus utama bab ini adalah bagi membincangkan hikmah dan objektif pensyariatan hukum-hukum jual beli semasa.

Pembaca akan dapat mengenal pasti beberapa permasalahan dalam jual beli seperti hukum dalam urusan hak cipta, serta menghapuskan keliruan yang timbul dalam hukum jual beli secara khusus, dan yang berkaitan harta secara umumnya.

HARGA : RM98.00 

HARGA PROMOSI : RM78.00


KAEDAH BAYARAN:  

Monday, January 2, 2017

Melahirkan Golongan Minat membaca dan mencara ilmu

HASSAN MOHD. NOOR  |  02 Januari 2017 5:03 PM
HASSAN MOHD. NOOR  |  02 Januari 2017 5:03 PM
HASSAN MOHD. NOOR  |  02 Januari 2017 5:03 PM
HASSAN MOHD. NOOR  |  02 Januari 2017 5:03 PM
Oleh HASSAN MOND NOOR

SELAMAT datang 2017. Apakah yang bakal mewarnai tahun baharu ini? Mungkinkah tahun pilihan raya umum? Apa yang pasti, negara akan menjadi tuan rumah Sukan SEA ke-29 dan kemerdekaan Malaysia bakal mencecah usia 60 tahun. Diharap­kan suasana tahun ini lebih baik. Perbaikilah kelemahan yang berlaku sepanjang 2016 supaya tidak berulang. Semoga isu seperti banjir kilat, masalah bekalan air, pencemaran, kos sara hidup, pengangkutan awam, jenayah kekerasan, nahas bas ekspres dan sebagainya dapat diatasi. Apa yang penting pelaksanaan dan penguatkuasaan, bukan sekadar melontar kritikan, kemudian mencadangkan itu dan ini tanpa tindakan. Hari ini Isnin, hari ke­dua 2017, minggu pertama bulan Januari. Inilah minggu anak-anak kembali semula ke sekolah. 

Mengambil ‘mood’ bermula­nya penggal persekolahan, diharapkan anak-anak kita mempunyai semangat tinggi untuk belajar. Begitu juga yang naik kelas atau tingkatan. Belajarlah rajin-rajin termasuk rajin membaca. Dalam era teknologi maklumat hari ini, minat membaca semakin berkurangan. Generasi hari ini lebih suka ‘membaca’ melalui gajet di tangan, bukan lagi buku, surat khabar atau majalah. Diharapkan, mereka tidak jemu membaca buku-buku pelajaran yang diperuntukkan secara percuma. Walaupun gajet termasuk komputer, iPad dapat membantu memudahkan pembe­lajaran, kesilapannya apabila ia tidak digunakan dengan sebaik mungkin. Kadang-kadang boleh melalaikan. 

Tidak keterlaluan juga jika minat membaca melalui gajet akan turut merosot. Mungkin selepas ini, hanya dengar orang bercerita/bercakap. Tidak ada usaha untuk menyelidik apa yang dibaca atau dimaklumkan oleh pihak lain. Lihatlah WhatsApp. Apa sahaja maklumat yang masuk akan disebarkan kepada orang lain dengan kadar segera tanpa dise­lidiki terlebih dahulu sama ada ia berbentuk fitnah atau pembohongan. Contohnya menjelang tahun baharu 2017 baru-baru ini. Tidak pasti sama ada sekadar gurauan yang mengajak orang berfikir tetapi orang yang menerimanya tidak berfikir. Contohnya mengenai ‘Tahun 2017, adalah tahun yang unik’. Disenaraikan 1-1-2017 jatuh pada hari Isnin dan hari kedua bulan Februari, hari ketiga bulan Mac dan seterusnya juga jatuh pada hari Isnin. Tanpa usul periksa, maklumat itu disebar melalui WhatsApp secara meluas. Hakikatnya, maklumat itu salah khusus untuk Malaysia. Tidak pasti pula kalau di negara lain, tarikh dan hari pada bulan-bulan berkenaan bertepatan. Tetapi jika di Malaysia, tidak benar dan tanpa melihatnya sebagai satu gurauan, ternyata ramai yang tertipu. 

Banyak lagi perkara yang tidak betul tetapi disebar tanpa ragu-ragu. Ada yang berulang-ulang, berita lama dikitar semula seolah-olah berlaku semalam. Mungkin inilah akibatnya tidak membaca dan meneliti terlebih dahulu dise­babkan ghairah untuk sebarkan apa sahaja maklumat yang diterima walaupun dalam bentuk ‘sampah yang dibungkus indah’. Semoga tahun ini, masyarakat kita lebih berhati-hati ketika ‘bercakap’ melalui WhatsApp. Anak-anak perlu dididik untuk meminati semula bahan bacaan. Memang kita tidak boleh kembali ke zaman tanpa ledakan teknologi maklumat masa dulu. Jika dahulu, ada sahaja bahan bacaan di tangan kanak-kanak termasuk komik. Menyelak kembali suatu masa dulu, ketika masih di bangku sekolah, bahan bacaan seperti Bambino, Bujal, Dewan Pelajar, Utusan Pelajar, novel kanak-kanak Enid Blyton dan pelbagai lagi yang menjadi satu kemestian untuk membeli­nya. Kini keadaan sudah berubah. Jika ada pun terbitan seumpama itu, sambutannya tidak seperti dahulu. Bagaimana mahu kembali se­perti dahulu? Dalam suasana yang ada pada hari ini, siapakah yang harus memainkan peranan? 

Bagaimana minat membaca yang ada sekarang? Membaca al-Quran pun mungkin setahun sekali, itu pun belum tentu habis kerana terlalu ‘terikat’ dengan membaca pada bulan Ramadan. Cuba selak kembali, berapa buah buku atau halaman buku dibaca sehari, sebulan atau setahun? Berapa majalah yang dibaca? Mungkin pihak sekolah boleh memainkan peranan untuk menghidupkan semula budaya membaca dalam kalangan kanak-kanak walaupun cabaran yang dihadapi amat besar. Anak-anak mungkin terlalu diterapkan membaca untuk menjawab soalan peperiksaan. Janganlah melahirkan golongan yang malas membaca. Amat membimbangkan jika suatu ketika nanti, bukan sahaja mereka malas membaca bahan berce­tak tetapi juga media lain dalam mencari kebenaran. Akhirnya kita akan menjadi lemah kerana tidak membaca dan mengkaji sesuatu kebenaran. Diharapkan, Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), yang disemak semula dan akan dilaksanakan tahun ini turut membantu. Kurikulum itu bertujuan mengimbangi set ilmu penge­tahuan dan kemahiran seperti pemikiran kreatif, inovasi, penyelesaian masalah dan kepemimpinan dalam kalang­an pelajar. 

Berkaitan sekolah, sempena penggal persekolahan ini, diharapkan tidak timbul isu-isu berkaitan pendidikan yang boleh menjejaskan pembelajaran anak-anak. Saban tahun ada sahaja isu berkaitan sekolah dan pendidikan dibangkitkan seperti kelas sesak, beg berat, buku teks dan sebagainya. Cukuplah ibu bapa dibebankan dengan perbelanjaan persekolahan. Sekarang tidak timbul lagi soal yuran kecuali atas persetujuan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Diharapkan, isu kepadatan pelajar di sekolah-sekolah tertentu dapat diatasi kerana isu ini telah disentuh oleh menteri berkenaan sejak Mei lalu. Ada sekolah yang mempunyai antara 2,500 sehingga 3,000 pelajar akibat proses perpindahan penduduk yang sangat pesat. 

Difahamkan jumlah paling ideal untuk sesebuah sekolah menengah adalah antara 1,200 hingga 1,300 orang meliputi tingkatan satu hingga lima. Jika tidak, keadaan akan menjadi tidak kondusif untuk proses pembelajaran. Kelmarin, seorang bapa ketika menghadiri taklimat di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Seri Putra, dekat Bangi, memaklumkan kepada saya, pelajar tingkatan satu sahaja mencecah sehingga 800 orang. Jika sebuah kelas menempatkan 40 orang, berapa buah kelas diperlukan? Bagaimana dengan tenaga peng­ajar? Isu ini boleh diatasi dengan perancangan yang lebih tepat mengenai kepadatan penduduk. Sekali lagi, kita mendoakan agar tahun 2017 lebih baik untuk kehidupan rakyat Malaysia! -

Sumber: Utusan Online